Saturday, March 5, 2011

al kisah si budak kecil

kisah ini sya ambil dari sebuah majalah. comel kan? tapi cite hidup dia sgt sdeh..

Bar'ah berumur 10 tahun, terpaksa mengharungi hidup tanpa kedua-dua orang tuanya. Dengan umur yang begitu mentah, Bar'ah lebih matang dari usianya apabila cukup tenang berhadapan dengan peristiwa yang begitu tragis dalam kehidupannya. Menjadi yatim piatu seawal usia tersebut, Bar'ah melihat ia sebagai satu nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepadanya. 

Ketanangan yang ada pada dirinya, segala-galanya berpunca dari kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Seawal usai 10 tahun, gadis cilik ini telah pun menghafaz al-Quran. Semuanya itu hasil dari didikan kedua-dua orang tuanya, yang bekerja sebagai doktor yang dipindahkan dari Mesir ke Arab Saudi untuk memenuhi tuntutan tugasan.

Dalam keluarga Bar'ah, al-Quran adalah 'sajian' utama. Lantaran itu tidak hairanlah ibu Bar'ah sering berpesan kepadanya, "Anakku Bar'ah, aku akan pergi ke syurga di depan kamu. Tapi aku ingin kamu selalu membaca al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak.."

Ujian bagi Bar'ah bermula apabila doktor mengesahkan ibunya menghidap baraj yang berada pada tahap akhir. Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan saat menanti kematian. Dan saat itulah, Bar'ah menggunakannya untuk membaca al-Quran setiap kali dia pulang dari sekolah dan menziarahi ibunya yang terlantar sakit di hospital. 

Ujian terus menimpa Bar'ah apabila kebiasaan dia dan ayahnya melawat ibunya, ketika melintas jalan, bapanya dilanggar sebuah kereta lalu menghembuskan nafasnya di situ. Bayangkan tangisan anak kecil yang meratapi kematian si ayah di depan mata. Berita kematian ayahnya tidak diberitahu kepada ibunya kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan si ibu. Lima hari berlalu dan waktu sampai ajal si ibu, si ibu masih tidak mengetahui si suami terlebih dahulu meninggalkannya. Begitulah cekalnya Bar'ah dan tenangnya dia berhadapan dengan situasi itu. 

Bar'ah diuji lagi. Setelah kematian kedua-dua orang tuanya, Bar'ah melalui ibu bapa kawan-kawan di sekolahnya berusaha mencari warisnya di Mesir . Tidak berapa lama tinggal di Mesir, Bar'ah dikesan menghidap barah. Berita tersebut sedikit pun tidak menakutkannya. Sebaliknya dia berkata, "Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua-dua oarng tua saya".


teringat kisah si Odeh yang shahid ditembak oleh tentera israel..nape mereka diuji sebegini? nape aku x sekuat mereka..

p/s : lepak kat seri puteri..tgk adek..

No comments:

Post a Comment